Food poisoning di kala banjir


Assalamualaikum..
Hope semua manusia berada dalam keadaan baik.
Warga mangsa banjir berada dalam keadaan trauma dan saya berharap agar kalian tabah dan redha dgn ujian Allah.
Takziah diucapkan atas musibah yg berlaku.

Di saat orang lain berada di pusat pemindahan, aku hampir2 berada dalam wad.
Hahaha untuk diri sendiri.
Walaupun aku bukan mangsa banjir dan tak perlu berpindah, tapi turut terkena tempias peristiwa banjir.

Mulanya Hadiff yg kena food poisoning sebab dia kerap cirit sampai bocor pampers dan kena tilam.
Tetiba aku pun terkena sekali.
Muntah, cirit, sakit perut, sakit kepala, rasa seram sejuk satu badan dan akhirnya lemah.
Pergi HTAA, auwww too many people yg alami simptom yg sama mcm aku.
Ada yg kena tahan dlm wad dan saat tu dgn penuh pengharapan agar aku tak kena tahan.


That HAHAHAHA moment when the doc said "Get rest at home"
Uuuuuuu itu yg best sebab aku tak nak kena masuk air dlm badan dan sebab mak tak boleh temankan.
So berehat di rumah dan keadaan masih sama.

Lemah.
Nak makan tak lalu.
Makan sikit je muntah.
Minum je muntah.
Nak dukung Hadiff pun tak mampu.
Nak ketawa pun rasa tak reti.
Yg tahu cuma baring dalam bilik sambil berstokin dan berselimut tebal.


3 days have passed.
Mom decided to go to Perak to settle something important.
Memandangkan cuaca di Kuantan sejuk dan aku tak mampu bertahan kerana demam, food poisoning dan gastric, terpaksa gagahkan diri bangun utk ikut mak balik Perak for a few days.


Alhamdulillah, dah lega sikit dan umm sepenuhnya.
Selera makan pun dah mula bertandang dan eishh macam2 plak aku nak makan.
Alhamdulillah dah takde loya dan sakit perut.
Everything's back to normal.
That weak moment bila berjalan pun mak yg papah. Thanks mom! You're too kind and i'm afraid i can't do
the same like you did. Oo Allah please bless my mom with Your love.


Whewww apepun cuma pesan aku iaitu mangsa keracunan sewaktu banjir, hehehe
minum air yg bersih dan dimasak dahulu.
Jgn minum kat gerai2 luar sebarangan.
jgn main banjir,
Tabah dan redha dgn ujian Allah. Pasti bersebab disebalik sesuatu kejadian dan pasti punya rahmat yg tersembunyi.


p/s : Nak jumpa gegirls before pergi bercuti.
p/s : Take care semua :)




No comments:

Post a Comment