terima kasih kawan

kawan , kawan , kawan .

dan kau berhak menerima penghargaan seperti itu dari aku . 

kerana aku tak pernah anggap kau musuh .

musuh pun tetap kawan aku .

walau perangai kau sebaik musuh , aku tetap anggap kau kawan . 

dan semuanya berhak mendapat kawan . 

andai kau disisihkan , bermakna bagi mereka kau bukanlah kawan .

tapi andai kau yang menyisihkan diri sendiri dari aku . aku sedih . 

kawan yang aku sayang , jauhkan diri dari aku .

kenapa ?

sebab kau pentingkan maruah kau . kekasih kau . diri kau sendiri . kau pentingkan kemewahan dunia .

dan sebab sebab itu yang membuatkan aku terdetik untuk bawa diri .

mak aku cakap , jangan berkawan dengan orang yang pentingkan dunia .

nanti kau akan menyusahkan aku . 

tapi aku abaikan kata-kata mak . 

aku tetap berlembut hati . 

dan akhirnya , aku menitiskan air mata jua .

kerana kau . . .






aku seronok terima kawan yang satu kepala dengan aku . kawan yang sentiasa menghappykan aku . kawan yang berada disisi saat aku jatuh . bersyukur dapat kawan yang memahami . kerana kawan seperti ini mengajar aku suatu adab dan perasaan . perasaan yang aku gelarkan kasih sayang . kasih sayang yang bagaikan sebuah keluarga di mana kita saling berkongsi masalah , menjadi bahu untuk aku menangis , menjadi hati untuk aku bertenang , menjadi penyelamat ketika aku sedang melalui titian siratulmustaqim .








jutaan terima kasih buat kawan yang mengajar aku erti kesombongan . erti bongkak . kerana sombong itu adalah satu seni , seni yang membuatkan aku berfikiran kreatif . thank you for everything . dan aku berjanji utk menghalang pokok pisang berbuah dua kali .






dan tersangatlah sorry andai aku tak boleh menerima ajakan untuk rapat seperti dahulu lagi .






kerana aku mementingkan adab dari seni  . . .








*trauma*

1 comment:

  1. yeahh, saya juga sudah trauma untuk berkawan dengan orang yang sedemikian,

    ReplyDelete