fakta mengenai Hari Valentine

assalamualaikum to dearest readerr . hari yang cukup letih setelah hampir 4 jam berjoging , main badminton di pagi hari . fuhh , penatt . buat semua pelajar , kerje sekolah tu confirm tak siap lagi kan ? aku pun . haha . 2 hari lagi birthday kakak aku . nak bagi ape ye kat dia ?? emm , bagi 'kasih sayang' je lahh . oh , tak lupa Maulidur Rasul juga 15 hari bulan ni . tapi yang aku tengoknyerr , orang melayu terutama yang bercintan dan yang sedang crushed terhadap seseorang tengah sibuk ! sibuk ape ye ?? dengar cerita sibuk beli hadiah .


yelahh , baru saya teringat . esok kan Valentine Day . patutla semua sibuk beli hadiah utk kekasih . ingatkan sibuk nak penuhkan mulut dengan menyebut zikir zikir dan memperingati Nabi Muhammad S.A.W . bercakap fasal Hari Kekasih ni , aku nak kongsilah sikit fakta , mengenai sejarahnyerr . MasyaAllah , bercanggah dengan ajaran Islam . info ni aku dapat melalui terdetiknya hati aku nak tengok Halaqah minggu lepas .

dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.katakanlah , "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya) . " dan jika engkau mengikuti keinginan mereka  setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah .
orang-orang yang telah Kami beri kitab , mereka membacanya sebagaimana mestinya , mereka itulah yang beriman kepadanya. dan barang siapa yang ingkar kepadanya , mereka itulah orang-orang yang rugi .

surah Al-Baqarah ayat 120-121


asal usul Valentine Day tiada kaitan dengan Islam dan tiada sambutan  yang wajib disambut utk meraikannya . Valentine Day ni diraikan sempena memperingati kematian paderi Kristian yang bernama Pedro St. Valentino iaitu seorang penyebar agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa. Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu). Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka. St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi. Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.





Nauzubillah . haram hukumnya Orang Islam menyambut VD ni . secara jujurnye lahh . aku tak pernah sambut VD ni . bagi aku kalau nak sambut hari bersama orang tersayang tu tak semestinya tertakluk pada suatu tarikh . setiap hari boleh sambut . ye dokk ?? pandangan ustaz Syed Nor Hisham tu ada betul gak . orang Islam rugi sambut VD ni fasal kena beli hadiah la buat kekasih , bunga bape banyak jambak mau kasi , nak 'booking' hotel lagi , lagi rugi bila kita berdosa di sisi Allah . then aku perasan , bagi yang perempuan ni , lagi berisiko fasal bila keluar dengan pasangan , kang silap haribulan pregnant plak . dibuangnye anak yang tak berdosa tu . Astagfirullahalazim ! kesian la kat baby tu . tapi aku tau . perempuan tak desperate utk buang baby sebab naluri seorang ibu terlalu lembut , penuh dengan kasih sayang . guys je yang tak berhati perut suruh gugurkan kandungan sebab lelaki ni kasar dan cepat marah . *sory kalau terasa* . yang untung hari VD ni , syarikat pengeluaran hadiah utk VD . SMS , hotel . aku berdoa dan berharap tiada lagi pembuangan bayi yang tak berdosa ini seperti tahun tahun sudah . 








so aku nak pesan la buat kaum Hawa seperti aku ni yang penuh dengan sifat keperempuanan serta kasih sayang . if pasangan korang asyik mengajak korang utk buat sesuatu yang 'ringan-ringan' , asyik korang  je yang kena belanja kaum Adam , short formnye korang lah yang selalu makan hati walau sedetik , tolonglah jangan biarkan diri korang terjebak dengan perkara mungkar . sesungguhnya kamu akan rugi . aku risau sangat bila remaja sekarang buat sesuatu yang mungkar . aku takut . aku takut seksaan Allah . korang tak de feel ke andai esok korang mati ??! mati tapi amal ibadat tak cukup utk luluskan korang bertemu syurga . 








tapi korang pun boleh nampak , bukan setakat remaja je yang sambut VD ni , kengkadang parents , orang yang dah berkahwin pun ada yang sambut jugak . . buat sesapa yang pernah sambut VD tu dan ingin menyambungnye lagi . aku nasihatkan cukuplahh . sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam , sebarkanlah dakwah utk memperkukuhkan lagi agama kita agar tidak terpesong dengan si 'tanduk dua' .  







penglibatan dengan sambutan VD ni tidak boleh disalahkan terhadap remaja sahaja kerana banyak pihak yang masih sambil lewa dalam membanteras kegiatan ni . aku cukup kagum dengan Jeddah dimana setiap kedai yang jual hadiah , cenderamata semuanya ditutup sbelum , sepanjang dan setelah berakhirnya VD ni . 




dan aku cukup terkilan , aku kecewa coz masih terdapat segelintir remaja dan orang Islam yang masih mahu mempertikaikan ajaran suci Al-Quran . antara penghinaan yang pernah aku dapat sejak aku sampaikan dakwah VD ni 


>>> alah , kau ni nak bagi kitorang ceramah murahan ni buat ape ? macamlah kau tak pernah buat .
>>> kalau kau nak burukkan agama Kristian , tak payahla . agama Islam sendiri dah porak peranda , buat apa nak sibuk tegakkan lagi ?!
>>> VD ni kan hari kekasih , suka hati aku lah nak sambut dengan kekasih aku . kau sibuk pehal ?!
>>> sape Nabi Muhammad tu ? penting ke ? 


*masya Allah*













sekarang kita fikir , kita lebih sayangkan Pedro st. Valentino atau kita lebih sayangkan Nabi Muhammad S.A.W ?? 






renungkan lahh . . . 





"sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami , maka ia akan ditolak"
(riwayat Al-Bukhari)






okay sebagai kesimpulannya , budaya dan amalan yang sering diamalkan ini iaitu VD , adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam . this is because perayaan VD mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta bercampur baur dengan maksiat . cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan bukan pada hari hari tertentu . 

No comments:

Post a Comment