si teruna R ::

kawan , maksudnya apa ? mungkinkah macam iklan NESCAFE ? atau mungkin kawan itu satu anugerah dari Tuhan ? saya ada kawan , saya gelarkan dia sebagai R . dulu saya teragak-agak nak berkenalan dengan dia sebab dia ni budak KL dan saya memang susah nak bergaul dengan kawan yang mempunyai tabiat buruk . pada hari saya menerima dia sebagai kawan , baru saya tahu sifat sebenar dirinya . dia berasal dari keluarga yang baik-baik . anak sulung pulak tu . sangat handsome . sebenarnya susah  saya nak membentuk akhlak dia yang dah rosak .

 mak dengan ayah dia tak pernah tahu akan perangai buruk anak mereka yang seorang ini . R layan saya sebagai kawan perempuan paling rapat yang dapat usik hatinya untuk berubah . saya akui walaupun banyak dugaan dan hinaan yang saya dapat , saya tetap bersabar kerana manusia itu tidak pernah sempurna . 2 bulan kami berkawan dan akhirnya dia mula meninggalkan tabiat lama . saya amat bersyukur dengan perubahan drastiknya . saya yakin dia telah pun menerima hidayah Tuhan . mulai saat itu , dia mahu mengenali saya dengan lebih rapat dan memohon untuk membimbing dirinya . akhirnya saya bersetuju tapi sekadar kawan dan tak lebih dari itu . tapi saya kecewa dengan sikap adik angkatnya yang sentiasa menghantui dirinya dengan nafsu syaitan . memang tak ubah macam #$%&* . tapi saya tak boleh menuduh perempuan itu kerana dia juga sedang diuji Tuhan . suatu hari adik angkatnya mengadu pada R bahawa bimbingan yang selama ini saya beri pada R hanyalah mainan semata-mata . saya dituduh sebagai pengikis duit R . sumpah saya tak pernah minta apa-apa pun dari H walaupun coklat cadburry yang RM0.30 satu . macam-macam tuduhan dan hinaan yang saya dapat . sampai satu hari saya dan R bergaduh teruk kerana perempuan tu dan akhirnya kami terputus hubungan . dia marah saya dengan teruk dan tinggalkan handphonenya di rumah dan terus keluar . adiknya pula yang tak tahu apa-apa memarahi saya dengan menuduh bukan-bukan .



ijai : ape yang kakak dah buat pada abang ha ?!
saya : kakak buat apa ? apa yang berlaku ?
ijai : disebabkan keputusan kakak utk putuskan persahabatan dengan abg , abg dah mula balik jalan hitam dye tu ! semua ni salah kakak ! salah kakak !
saya : Ya Allah , takkan sampai macam tu sekali ? habis tu selama ni dia berubah kerana akak la ? bukan kerana Allah ???
ijai : itu ijai tak tahu . tapi apa pun ijai tetap benci kakak ! benci ! ijai tak tahu nak jawab apa dengan ibu . bye !



 saya teramat kecewa dengan sikap R yang terlalu daif mendengar kata-kata syaitan tak guna tu . adiknya beritahu bahawa R kembali pada hidupnya yang dulu dimana dia seorang pemabuk , kaki sex , kaki buli , merokok . selang sebulan ibunya pula menelefon saya .


ibu : salam syera , sihat ke ?
saya : wslm ibu , syera sihat je . ibu ? ade apa call syera ni ?
ibu : ibu pun sihat . saja call anak ibu niyh . rindu nak dengar suara syera .
saya : oh rindu ye ? hehe . syera pun rindu ibu juga . yang lain mcm mane ?
ibu : syera , ibu nak tanye ape yang berlaku antara syera dengan R ? ibu dah rungsing tgk dia ni . dia buat balik perangai . hanya syera je yg dapat ubah hidup dia .
saya : (saya pun cerita masalah saya dengan R yang melibatkan adek angkat dia tuhh )
ibu : ibu nak mintak maaf bagi pihak R dan Ijai sebab dah marah-marah syera . ibu tahu syera tak salah . ibu pun dah selidik adik angkat dia tu . tak pe lha nanti bu nasihat kan dia ye sayang .
saya : tak pe lha bu , semua tu ade hikmah Tuhan kan ? mungkin hati dia belum terbuka utk berubah sepenuhnya . ibu didiklah dia dengan lebih mendalam lagi . satu hari nanti , Insha Allah hati dia akan berubah 
ibu : amiin , mudah-mudahan betul la tu . ibu pergi dulu okay . ibu nak kerje ni .

dan selang seminggu aku tukar nbo baru . disebabkan gara-gara nbo lama aku dah ramai sgt orang duk kacau . tu lha susah bila jadi famous hehe . saya tetap doakan yang terbaik buat rakan saya , R . . .



:)


No comments:

Post a Comment